KUALA LUMPUR, 19 Dis — Menteri Pengangkutan Datuk Seri
Kong Cho Ha diminta membatalkan 300,000 saman dikeluarkan oleh Sistem
Penguatkuasaan Automatik (AES) yang mencetuskan kontroversi dan
kemarahan rakyat apabila dilihat sebagai penswastaan dalam
penguatkuasaan undang-undang jalanraya.
Kerajaan Pulau Pinang memberitahu Putrajaya hari ini untuk
tidak hanya menangguhkan saman dikeluarkan AES, tetapi membayar semula
kepada orang ramai saman yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan
Jalan (JPJ) sejak 23 September.
“Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha seharusnya menggunakan kuasanya untuk membatalkan saman JPJ sebagai menebus kesilapannya menyokong AES.
“Jika Kong tidak melakukan demikian, beliau harus letak
jawatan kerana menyokong AES, dan memburuk-burukkan kerajaan negeri
Pulau Pinang dengan mengatakan kami menggalakkan kemalangan berlaku,”
kata Lim Guan Eng yang merupakan ketua menteri Pulau Pinang, dalam satu
kenyataan hari ini.
Jabatan Peguam Negara (AGC) mengeluarkan kenyataan semalam
mengarahkan penangguhan kepada semua prosedur mahkamah melibatkan saman
AES untuk mengkaji semula undang-undang, walaupun saman itu masih lagi
sah.
Jarumemas: Memang manusia tidak pernah bersyukur dengan apa yang telah didapati. Memang betul kata peribahasa, dah diberi betis hendakkan paha pula....
No comments:
Post a Comment