KUALA LUMPUR, 17 Dis — Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih
2.0) merancang untuk mengundang lebih ramai “pemantau orang ramai” pada
pilihan raya akan datang.
Kumpulan tersebut menubuhkan “Jom Pantau” dan “Jom 100”, tetapi pengerusi bersamanya, Datuk Ambiga Sreenevasan berkata hari ini kempen tersebut akan diperluas pada Januari ini untuk memberi tekanan kepada pihak berkuasa.
Aktivis dan peguam itu berkata pilihan raya tidak akan bersih
mengikut apa yang Bersih 2.0 mahukan dan cara terbaik ialah pihak
berkuasa sentiasa memeriksa peningkatan pengundi dan menggaji orang awam
untuk memantau sebarang masalah pada hari pilihan raya.
“Adakah kita dapat melihat perubahan sebenar sebelum pilihan raya?
Jawapannya, tidak,” katanya dalam sidang media bersama ahli jawatankuasa
Bersih 2.0 di sini.
“Apa yang kami boleh lakukan ialah kami akan pastikan pilihan raya akan menjadi bersih dan adil,” katanya lagi.
Ambiga menerangkan “Jom 100” adalah usaha Bersih 2.0 menggalakkan pemilih untuk keluar mengundi pada hari pilihan raya.
Berita lanjut....
Jarumemas: Jangan campur tangan dalam tugas SPR sudah...
No comments:
Post a Comment