KUALA LUMPUR, 17 Dis — Parti komponen Pakatan Rakyat (PR) — PAS dan
PKR — sepakat menolak untuk memberikan kerusi tambahan kepada DAP,
seperti mana yang dituntut Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng ketika kongres DAP hujung minggu lalu.
Ketua
Penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shafiei berkata, tindakan Guan Eng itu
adalah normal, dan bukannya sesuatu yang luar biasa kerana setiap parti
politik akan membuat tuntutan sama semasa perhimpunan agung parti
masing-masing sama ada di peringkat kepimpinan mahu pun perwakilan.
“Di Selangor, tiada perubahan dan kekal status quo sama seperti pilihan raya umum 2008 lalu.
“Tuntutan DAP di negeri ini kita pernah bincang sebelum ini dan
diputuskan tiada kerusi tambahan untuk DAP,” katanya di petik dari Sinar
Harian Online.
Lim ketika kongres DAP menuntut tambahan tiga kerusi tambahan untuk
Parlimen dan 10 kerusi Dun di Semenanjung Malaysia manakala Sabah dan
Sarawak dikendalikan rundingan kerusi mereka sendiri.
Jarumemas: Sokonglah DAP tu sampai bawa rebah!!!
No comments:
Post a Comment