KUALA LUMPUR, 18 Dis — Putrajaya mempertimbangkan untuk
membekukan pelaksanaan kontroversi Sistem Penguatkuasaan Automatik
(AES) untuk mengelakkan saman berganda dengan sistem saman polis yang
boleh menambahkan kesusahan kepada pengguna jalan raya, menurut sumber.
Pihak polis yang menguatkuasakan undang-undang hadlaju, berkata mereka akan meneruskan penguatkuasaan dan meletakkan perangkap kelajuan mudah alih berhampiran kamera AES, meningkatkan prospek denda dua kali bagi pemandu ingkar.
“Kerajaan sedang mempertimbangkan membekukan pelaksanaan AES disebabkan pertindihan sistem saman. Ini akan menyebabkan kesusahan,” kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.
Berita lanjut....
Jarumemas: Sambut baik langkah ini. Tetapi pengguna jangan pula masih tidak berhemah dalam pemanduan mereka.
No comments:
Post a Comment