Monday, 24 December 2012

Gunakan sistem demerit Kejara bersama AES, kata bekas pengarah Miros

KUALA LUMPUR, 23 Dis — Sistem demerit Kejara untuk pemandu degil harus dilakukan bersama dengan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) untuk mendenda pemandu yang melanggar had laju, kata bekas ketua jabatan keselamatan jalan raya Malaysia.

Professor Ahmad Farhan Mohd Sadullah berkata, ini untuk memastikan pengguna jalan raya mematuhi peraturan jalan raya, menurut laporan yang dipetik dari akhbar mingguan berbahasa Inggeris New Sunday Times (NST) hari ini.

“Sesetengah pengguna jalan raya yang degil mempunyai wang untuk membayar denda, tetapi jika AES disokong dengan sistem demerit (Kejara), pengguna jalan raya akan menyedari mereka tidak boleh mengambil risiko jika lesen mereka ditarik balik, dan hak mereka untuk memandu akan hilang,” kata bekas pengarah urusan Institut Kajian Keselamatan Jalan Raya (Miros) itu.


Jarumemas: Setuju dengan cadangan ini.

No comments:

Post a Comment