24 Dis – Bila saya tulis rencana dalam bahasa Melayu, komen nya
tidaklah sebanyak komen yang datang seperti kalau saya tulis dalam
bahasa Inggeris. Maka adalah beberapa orang yang menghantar e mail
kepada saya, bertanya mengapa jadi demikian? Adakah kerana tulisan saya
tidak dipedulikan oleh pembaca Melayu? Mereka pun mengejek ngejek saya,
tulisan kamu tidak laku.
Mungkin itulah sebabnya - orang Melayu kurang membaca tulisan saya.
Sebab itu tak banyak komen. Kalau dalam bahasa Inggeris, komen nya
datang bersusun susun dari bangsa bukan Melayu.
Sama ada betul atau tidak pandangan yang demikian saya tidaklah tahu,
jumlah pembaca yang membaca lebih penting kepada saya daripada jumlah
yang hantar komen. Jumlah pembaca artikel saya tetap banyak sama seperti
jika ia nya dutulis dalam bahasa Inggeris.
Maka saya boleh katakan- jika tidak ada banyak komen bila artikel
saya ditulis dalam bahasa Melayu, mungkin kerana kandungan nya
dipersetujui oleh ramai orang Melayu. Jika ramai yang setuju, maka gelap
masa depan Umno. Atau yang kurang membaca artikel2 saya ialah Melayu
Umno. Jika demikian, ianya tidaklah merunsingkan. Melayu Umno lebih
gemar baca komik, majallah gila2 dan cerita2 dalam Mestika.
Orang macam
ini akan terus menyokong Umno. Yang kita mahu yakinkan ialah pengundi
Melayu yang atas pagar.
Ini satu lagi artikel dalam BM. Ianya mengenai harga diri atau
maruah. Maruah suatu bangsa yang disebut sebagai bangsa yang tersohor
dan mulia tapi yang meletakkan masa depan nya pada tangan orang lain.
Oleh kerana meletakkan masa depan dalam tangan orang lain, mereka telah
jatuh maruah kebawah pada beberapa darjat nya. Siapakah yang menyebabkan
bangsa Melayu jadi demikian?
berita lanjut....
Jarumemas: Melayu tak kan hilang di dunia tapi Melayu boleh hilanag maruh diri jika sanggup dijadikan kuda tunggangan oleh bangsa asing.
No comments:
Post a Comment