Lima puluh anggota pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyerahkan
batu nisan kepada Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri Abdul Malik Abul
Kassim, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) Datuk
Patahiyah Ismail dan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau
Pinang (MAINPP) Datuk Mohd Salleh Man.
Batu nisan itu yang
diserahkan Ketua Wira Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (PERKASA)
Pulau Pinang Mohd Rizuad Mohd Azudin, diterima seorang pegawai di
pejabat ketiga-tiga pemimpin berkenaan di Tingkat 9 Menara Umno, Jalan
Macalister dan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar).
Mohd Rizuad
berkata penyerahan batu nisan kepada ketiga-tiga pemimpin itu sebagai
simbolik untuk memberi peringatan kepada mereka supaya menyelesaikan
segera masalah Tanah Perkuburan Islam Kampung Boundry, Ayer Itam di
George Town yang terjejas dipercayai diceroboh syarikat pemaju swasta.
"Tujuan
kami datang ke sini sebab pejabat agama sampai hari ini tidak pernah
datang menelefon mangsa. Ini adalah satu isu paling sensitif yang tidak
pernah berlaku sebelum ini dan hari ini terjadi benda ini di Pulau
Pinang," katanya kepada pemberita semalam.
Berita lanjut...
Jarumemas: Pedih dan pedas dengan tindakan NGO itu.
No comments:
Post a Comment