KUALA LUMPUR, 23 Dis — Rancangan Putrajaya untuk
mengimport guru bahasa Inggeris dari India kelihatan ditentang oleh para
pendidik yang meragui idea dari kerajaan untuk membantu pelajar
menguasai bahasa tersebut.
Guru bahasa Inggeris tempatan dan kumpulan reformasi pendidikan ketika dihubungi The Malaysian Insider merasa
gusar dengan apa yang mereka sifatkan sebagai “penyelesaian jangka
pendek”, yang tidak akan membantu kelas berbilang kaum untuk
mempelajarinya, kerana penggunaan loghat yang berbeza.
“Saya ingin bertanya, kenapa kita perlukan orang asing
mengajar rakyat Malaysia?” kata Khairun Nisa yang mengajar bahasa
tersebut di sebuah sekolah di Manjung, Perak.
Guru yang berusia 27 tahun itu berkata dakwaan kerajaan
mengenai kekurangan guru bahasa Inggeris adalah mitos dan tidak masuk
akal.
Jarumemas: Teman memang tak setuju kerana masih ramai lagi rakyat kita yang fasih berbahasa Inggeris. Kerajaan boleh meminta guru-guru bahasa Inggeris yang telah bersara supaya menjadi tenaga pengajar yang diambil secara kontrak dan dibayar setiap jam dengan upah yang sewajarnya daripada mengambil orang luar yang sudah tentu kerajaan perlu membiayai mereka dari segi kebajikan mereka. Teringat pepatah, kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan....
No comments:
Post a Comment