Walaupun Lynas berulangkali menyatakan bahawa sisa daripada penapisan
nadir bumi di Gebeng, Pahang, boleh dikitar semula menjadi produk
komersial yang selamat, tetapi seorang ahli radiologi Australia
mengingatkan bahawa teknologi seumpama itu masih belum terbukti berjaya.
Peter
Karamoskas (kiri), seorang ahli radiologi nuklear selama 13 tahun dan
mewakili orang awam Australia dalam Jawatankuasa Keselamatan Radiasi
Australia, menyuarakan keraguannya mengenai pelan kitar semula Lynas itu kepada New Matilda, sebuah lamanweb berita Australia.
Laporan New Matilda
memetik Karamoskas sebagai berkata satu juta meter padu meter sisa
Penulenan Larut Air (Water Leach Purification - WLP) - sisa paling
kritikal yang dihasilkan oleh kilang penapisan - menjana dalam tempoh
10 tahun beroperasi, perlu dicampur dengan lima kali jumlah agregat
untuk mengurangkan bacaan radioaktifnya dari 6Bq untuk 1Bq, untuk sisa
selamat.
Walaupun beliau berkata proses yang sama telah digunakan
di Belanda, tetapi bahan buangan yang dihasilkan adalah jauh lebih
kurang radioaktif, hampir pada 1Bq.
Berita lanjut....
Jarumemas: Kenapalah mesti ada pihak yang masih suka memanaskan isu ini dan membuat rakyat rasa tidak puas hati.
No comments:
Post a Comment