JAKARTA, 18 Dis — Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono berkata
artikel yang ditulis oleh bekas Menteri Penerangan Malaysia Tan Sri
Zainuddin Maidin mengenai presiden ketiga Indonesia BJ Habibie, adalah
tidak wajar dan tidak beretika.
Artikel itu, katanya boleh menjejaskan hubungan baik antara Indonesia dan Malaysia.
“Kami telah bincangkannya, Menteri Luar akan mengambil nota
diplomatik di sini dan juga di Kuala Lumpur,” kata Yudhoyono (gambar)
dipetik oleh agensi berita Antara, sepertimana diterbitkan oleh akhbar
berbahasa Inggeris, The Jakarta Post pada Selasa.
Yudhoyono yang akan berlepas ke Malaysia pada Selasa bagi menghadiri
Rundingan Tahunan, forum peringkat tertinggi dalam hubungan dua hala
Malaysia-Indonesia, berkata Indonesia akan membangkitkan isu saling
hormat menghormati supaya insiden serupa tidak berulang yang boleh
menjejaskan persahabatan antara kedua-dua negara.
Artikel Zainuddin disifatkan oleh banyak pihak di Indonesia sebagai “serangan” terhadap Habibie.
Sementara itu, jurucakap presiden, Teuku Faizasyah berkata presiden
akan membangkitkan isu-isu penting termasuk perlindungan warga Indonesia
yang bekerja di Malaysia, sempadan, perdagangan dan pelaburan pada
mesyuarat itu.
Berita lanjut...
Jarumemas: Inilah yang dikatakan cubit paha kanan, paha kiri terasa. Cakap malam dengar-dengar, cakap siang pandang-pandang...
No comments:
Post a Comment