KUALA KRAI, 18 Dis — Kira-kira 500 penduduk di beberapa kampung di
sini, berhimpun secara aman bagi menyatakan bantahan terhadap kerajaan
negeri yang didakwa gagal menyelesaikan masalah bekalan air bersih
sejak setahun lalu.
Mereka membawa sepanduk menyatakan rasa puas hati dengan sikap kerajaan negeri melalui Air Kelantan
tidak Sdn Berhad
(AKSB) yang gagal membekalkan air bersih kepada mereka.
Kampung terlibat ialah Kampung Petaling, Bunut Payung, Kampung Che
Wan, Kampung Bechah Batu Besar, Kampung Dalam Gelap, Kampung Baru
Telekong dan Kampung Ulu Geh.
Antara tulisan yang tertera pada sepanduk ialah: “Kerajaan Pas
Kelantan Gagal Selesaikan Masalah Kami” dan “Air Tak Dak, Nak Mandi
Susah”.
Penghulu Kampung Telekong, Abdullah Abu Bakar berkata kebanyakan
penduduk menggunakan air hujan dan ada yang menggunakan air sungai untuk
minum dan kegunaan harian.
“Kami kini membayar bil air kepada syarikat pengendali bekalan air
bersih AKSB seolah-olah bayar bil untuk angin, kerana kebanyakan paip
kami tidak keluar air sebaliknya keluar angin,” katanya ketika ditemui
pemberita di sini.
Jarumemas: Setiap kali balik dari negeri itu teman akan kena cirit birit..
No comments:
Post a Comment