Friday, 8 June 2012

Rupa-rupanya Anwar Ibrahim Pun Ditolak Dalam Pakatan Rakyat !

JOHOR BAHRU 7 Jun - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya akan menjadi Perdana Menteri buat seketika seki-ranya pembangkang berjaya mentadbir negara kerana realitinya DAP tetap mahu jawatan tersebut disandang Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr. Hasan Ali berkata, hakikat tersebut berdasarkan kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang menegaskan, selagi hidup, beliau akan terus berjuang memastikan seorang bukan Melayu menyandang jawatan Perdana Menteri. "Anwar hanya akan menjadi Perdana Menteri buat seketika sebagai taktik sahaja kerana Karpal sudah kata sampai mati akan perjuangkan Perdana Menteri dipegang oleh orang bukan Melayu dan bukan beragama Islam. "Karpal juga menyebut nama Guan Eng sebagai Perdana Menteri dan Guan Eng boleh menjawat jawatan itu kerana tiada peruntukan dalam Perlembagaan menghalangnya menjadi Perdana Menteri," katanya ketika menyampaikan ceramah di Taman Skudai Kanan, di sini semalam. Sumber: Blog DR MiM Jarumemas: Mari kita tengok siapa yang kena!!

No comments:

Post a Comment