Friday, 8 June 2012

PTPTN Pelajar KUIS Pun Dibekukan

SHAH ALAM - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyekat dananya bukan sahaja kepada penuntut Universiti Selangor (Unisel), malah turut membabitkan penuntut-penuntut Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis). Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said yang dihubungi Sinar Harian Online semalam mengesahkan kemudahan kewangan PTPTN turut dibekukan kepada pelajar Kuis buat sementara waktu seperti arahan yang dikeluarkan ke atas Unisel. "Ya, pembekuan PTPTN tetap dilakukan (dikenakan) kepada Kuis. "Alasannya juga sama seperti yang dikenakan terhadap Unisel," kata beliau dalam satu kenyataan SMS. Sumber: www.putrajaya-online.com Jarumemas: Makin ramailah anak-anak Melayu yang akan duduk melepak dan menjadi sampah masyarakat kerana mak ayah tak mampu nak menaja pembelajaran mereka di KUIS dan Unisel. Tapi, jangan bimbang kerajaan PKR sanggup membiayai mereka kerana nak beri pendidikan percuma kalau menang PRU nanti. Pelajar baru jadi mangsa nampaknya kerana PRU masih belum ada tanda2 bila akan berlangsung, jadi siapa dan mana nak cari duit nak bayar yuran pengajian?

No comments:

Post a Comment