Friday, 8 June 2012
Anwar perguna nama tokoh dunia — Mat Piah Teh Deris
8 JUN — Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada malam 2 Jun lalu seolah-olah melancarkan “perang” kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) biarpun tarikh pilihan raya belum diumumkan. Anwar melancar perang itu di Guar Perahu yang terletak di Parlimen Permatang Pauh kawasan tradisi yang diwakilinya sejak bergerak aktif sebagai pemain politik.
Parlimen Permatang Pauh diambil alih oleh isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selaku Presiden PKR beberapa penggal semasa Anwar menjalani hukuman di Penjara Sungai Buluh atas kesalahan pecah amanah. Seperti DAP, PKR juga dimonopoli oleh anak-beranak Anwar selaku Ketua Umum parti itu tanpa melalui proses pertandingan?
Permatang Pauh bagi Anwar samalah dengan Parlimen Pekan, Pahang yang diwakili oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang diwarisi daripada bapanya, Perdana Menteri Kedua Allahyarham Tun Abdul Razak Hussain. Begitu juga sama Parlimen Gua Musang dengan Tengku Razaleigh Hamzah dan mantan PM, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Parlimen Kubang Pasu dulunya. Kini Dr Mahathir telah mengisytiharkan diri bersara daripada politik tetapi kelihatan masih aktif berceramah di sana sini?
Apa yang mungkin menarik kalangan orang politik bukan sahaja di Permatang Pauh ialah tentang usaha Anwar mengangkat diri sendiri dengan mengaitkan dirinya dengan tokoh-tokoh pemimpin dunia termasuk Perdana Menteri baru Turki, Pemimpin Hamas, tokoh Islam Yusof Qaradawi dan waris kepada tokoh negarawan dan Bapa India, Mahatma Ghandi.
Baca seterusnya...
Jarumemas: Angkat bakul naik sendiri, tak ada nak juak naik..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment