Friday, 8 June 2012

Cukai tinggi jika pelajaran percuma?

8 JUN — Reaksi kerajaan dan Barisan Nasional jika PTPTN dimansuhkan ialah negara akan bankrap dan bila diadakan pelajaran percuma untuk semua dari tadika hingga ke ijazah kedoktoran, maka rakyat akan dibebankan dengan cukai yang tinggi. Pakatan Rakyat telah menjanjikan, jika ia diberi kepercayaan mentadbir Putrajaya, ia akan memansuhkan PKPTN dan memberi pelajaran percuma kepada semua sejak dari tadika hinggalah ke peringkat PhD. Percubaan kerajaan BN mengadakan skim pinjaman PTPTN menyebabkan majoriti pemimpin gagal penjelaskan pinjaman dan ia menyebabkan kerajaan ditimbunkan hutang lapuk yang berbilion ringgit. Kerajaan sudah tiada cara untuk mendapatkan balik pinjaman itu. Jika ia diteruskan akan menambah beban yang sudah tidak tertanggung itu. Dengan beban yang bertambah dari semasa ke semasa, ia membebankan ekonomi negara. Apabila peminjam gagal menjelaskan hutang dulu, sekarang dan akan datang, kerajaan menambah bilangan orang yang berhutang. Dalam apa keadaan hutang wajib dibayar. Pada pandangan Islam barang siapa gagal menjelaskan hutang, maka ibadat dan amal solehnya tergantung di awangan, tidak sampai ke langit. Jika sampai mati hutang itu tidak dapat dijelaskan, maka amalnya sejak lepas universiti dan kolej jadi siasia iaitu tidak berpahala. Dasar kerajaan itu menyebabkan rakyat berhutung dan menyebabkan amal ibadat rakyatnya yang Islam tidak diterima Allah. Apabila kerajaan menghapuskan skim itu tidak lagi pelajar yang berhutang dan apabila kerajaan mengambil langkah membatalkan hutang PTPTN itu dan mengalalkannya, moga-moga amal yang tergantung itu diterima Allah. Pakatan Rakyat telah membuat kira-kira, berikut dengan memansuhkan PTPTN ia akan memberi pelajaran percuma kepada semua dengan menggunakan sekitar RM5 bilion dari keuntungan Petronas setahun bagi menampung semua keperluan pendidikan. Baca terus... Jarumemas: Jangan dimanjakan mereka dengan pendidikan percuma kerana mereka akan berasa selesa tak payah susahkan diri belajar dengan cemerlang kerana tiada hutang yang perlu dijelaskan, Yang bengkok adalah kerajaan, orang awam dan pembayar cukai yang terpaksa menanggung yuran pendidikan.

No comments:

Post a Comment