Friday, 8 June 2012

Mengapa Golongan Muda Tidak Mahu Daftar Mengundi? Ini Jawapannya!!

Tidak berminat dengan politik, tidak ada masa dan tidak tahu di mana antara alasan utama yang diberikan golongan muda untuk tidak mendaftar sebagai pemilih. Itu hasil tinjauan yang dilakukan Utusan Online di ibu negara terhadap kumpulan terbabit yang rata-rata berusia dalam lingkungan 30 tahun ke bawah. Antaranya, Tan Fidia Abdullah, 23, dari Kampung Baru berkata, politik bukan sesuatu yang beliau minati. Justeru katanya, mendaftar sebagai pemilih atau mengundi semasa pilihan raya umum tidak pernah menjadi keutamaan dalam hidupnya. Tinjuan Utusan Online bagaimanapun turut mendapati wujud kesedaran di kalangan golongan muda yang telah mendaftar sebagai pemilih akan pentingnya mengundi dan memilih kerajaan yang mampu mentadbir negara. - UM Sumber: Petikan Unit Media Baru dari Utusan Malaysia. Jarumemas: Sikap beginilah yang akan merugikan negara terutamanya bangsa Melayu.

No comments:

Post a Comment