Friday, 8 June 2012
alau tengok gaya majlis pelancaran Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) pimpinan bekas menteri Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir, ramai wartawan yang menghadirinya boleh agak ia tidak akan sampai ke mana.
Majlis pelancarannya dibuat di hotel terkemuka Palace Of The Gorden Horses ,Serdang pagi Khamis bermula 45 minit dari jadual asal dan berakhir tiga jam kemudian dengan ucapan-ucapan ala ceramah.
Majlis bermula dengan pengerusi memperkenalkan presiden, tiga orang timbalan presiden, setiausaha agung, serta enam orang ahli majlis tertinggi parti yang baru didaftarkan dua hari lalu itu.
Dewan yang boleh memuatkan 400 orang itu hanya separuh dipenuhi dengan sebahagian besar adalah wartawan serta pemerhati politik.
Dan paling jelas adalah tidak ada orang muda, sebaliknya baik pemimpin mahupun penyokong yang hadir kebanyakkannya 'senior citizen' dengan paling ramai orang Cina, India dan barulah Melayu.
Selain Kadir sebagai Presiden sementara , timbalan-timbalan beliau adalah bekas pemimpin PBB Serawak Datuk Bujang Ulis, orang kuat Kelab Rotary Ong Hock Swee dan bekas presiden Majlis Peguam Regunath Kesavan.
Sumber: Agendadaily
Jarumemas: Sendiri bos, sendiri kuli ya!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment