KUALA LUMPUR, 24 Jan – Di sebalik tekanan dan kemarahan pelbagai pihak
berikutan dengan kenyataan Datuk Ibrahim Ali mengenai pembakaran kitab
Injil, Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) menegaskan kenyataan
presiden mereka adalah “wake-up call” kepada semua pihak bagi
mengelakkan berlakunya serangan fizikal kepada pengedar kitab yang
menggunakan kalimah Allah dan perkataan Arab lain.
Setiausaha Agung pertubuhan tersebut , Syed Hassan Syed Ali berkata,
Ibrahim tidak mempunyai masalah untuk berhadapan dengan tindakan
berhubung dengan kenyataannya, termasuk disoal siasat polis berikutan
dengan beberapa laporan polis yang dibuat terhadapnya.
“Bagi Presiden Perkasa, beliau pasti tidak perlu bimbang apa-apa
dengan semua laporan polis itu. Sebab siasatan pastinya berpandu kepada
kebenaran dan keadilan,” katanya dalam satu kenyataan kepada The
Malaysian Insider.
Jarumemas: Kesabaran umat Islam ada hadnya...
No comments:
Post a Comment