Friday, 25 January 2013

Chua hanya pentingkan golongan atasan, kata MTUC

KUALA LUMPUR, 24 Jan—Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dalam satu kenyataan mengecam Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek kerana mempertikaikan pindaan gaji minimum yang telah diumumkan oleh kerajaan sebelum ini.

Setiausaha Agung MTUC Abdul Halim Mansor mendakwa sikap Chua tersebut menunjukkan dengan jelas pemimpin MCA tersebut terpaksa mengikut cakap bos mereka yang terdiri daripada orang atasan.

“MCA sebagai wakil kepada yang kaya mempunyai pilihan terhad dan terpaksa lantang untuk memenuhi permintaan bos dalam indsutri.

“Sudah difahami Chua tidak ambil kisah terhadap keperluan pekerja yang bersusah-payah setiap hari dengan gaji serendah RM500 sebulan,” kata Abdul Halim.


Jarumemas: Hanya menunggu masa untuk bersara di samping melaksanakan segala tugas yang diarahkan oleh pihak atasan dan SKT yang telah ditetapkan. 

No comments:

Post a Comment