Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan optimis Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Tun Razak akan membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.
Justeru
itu, Pairin, yang juga Timbalan Ketua Menteri, mengajak rakyat Sabah
supaya bersatu dan seterusnya memberi kemenangan besar kepada BN.
Beliau
turut meminta semua anggota parti komponen BN supaya berusaha keras
bagi memastikan BN mencapai kemenangan dengan cemerlang.
"Rakyat
Sabah harus yakin bahawa BN akan membentuk semula kerajaan selepas PRU
ke-13. Kita harus memperkuatkan lagi azam dan yakin dengan perjuangan
kita bagi memastikan BN terus memerintah negara ini," katanya.
Pairin,
yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Tambunan,
berkata demikian semasa berucap pada majlis penutupan seminar Jentera
Pilihanraya BN Tambunan di Tambunan Resort, dekat Tambunan semalam.
Turut hadir setiausaha BN Parlimen Keningau, yang juga Timbalan Ketua Bahagian PBS Tambunan, Datuk Daniel Kinsik.
- Bernama
No comments:
Post a Comment