Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nasrudin Hassan tidak sepatutnya
memperlekeh lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke
Palestin bagi memberi sokongan kepada perjuangan rakyat Palestin
membebaskan negara mereka daripada Israel.
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata Nasrudin sebenarnya iri hati kerana lawatan Perdana Menteri mendapat sambutan luar biasa rakyat Palestin dan pemimpin Hamas.
Beliau berkata Nasrudin sepatutnya mengetepikan kepentingan politik dengan memberi sokongan penuh kepada Perdana Menteri kerana lawatan itu menunjukkan rakyat negara ini sentiasa menyokong perjuangan rakyat Palestin.
"Sikapnya itu amat tidak matang apabila mencampurkan soal politik dalam negara dengan perjuangan kemanusiaan bagi membebaskan bumi Palestin dan rakyatnya yang dizalimi Israel sejak puluhan tahun lalu," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan ketua-ketua Pemuda Umno Pahang dalam siri lawatan kerjanya bagi meninjau persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13 di Temerloh hari ini.
Jarumemas: Cemburu kerana tindakan PM itu akan merosakkan undi Pas agaknya nanti...
No comments:
Post a Comment