KUALA LUMPUR, 23 Jan — Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM)
menghargai lawatan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak
ke Gaza dan menyifatkannya sebagai langkah berani dan lawatan cukup
“bersejarah”.
“Lawatan yang cukup bermakna ke Palestin ini — yang julung kalinya
oleh seorang Perdana Menteri Malaysia — menyumbang ke arah meruntuhkan
kepungan politik ke atas Semenanjung Gaza dan memperkukuh perjuangan dan
tentangan rakyat Palestin dalam mempertahankan tanah air dan hak
mereka,” kata PCOM dalam satu kenyataan di sini semalam.
Pertubuhan menegaskan Malaysia sentiasa mendahului dalam tindakan
menyokong perjuangan Palestin menerusi NGOnya dan juga mencetuskan era
baru hubungan Palestin-Malaysia dan membuka ruang untuk sokongan politik
lebih besar dari kementerian-kementerian, parti dan badan-badan di
Malaysia.
“Sehubungan peristiwa ini, kami menggesa semua kerajaan yang adil
mengikuti jejak langkah Malaysia dengan terus menyokong perjuangan
Palestin dan mengamalkan pendirian yang bersifat menyokong perjuangan
yang adil di platform antarabangsa,” katanya. — Bernama
Jarumemas: Saudara sesama Islam yang perlu digembirakan atas musibah yang menimpa mereka.
No comments:
Post a Comment