Friday, 25 January 2013

Najib lihat WEF sebagai peluang keemasan promosi negara

DAVOS, 24 Jan — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melihat Forum Ekonomi Dunia (WEF) sebagai peluang keemasan untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, perdagangan dan pelancongan.

"Tujuan saya mengambil bahagian dalam WEF pada tahun ini ialah untuk mencapai beberapa objektif di mana yang utama sekali adalah bagi melakukan promosi untuk Malaysia," katanya kepada wartawan Malaysia di sini hari ini.

Penyertaan Najib merupakan kali pertama beliau sebagai Perdana Menteri dan atas jemputan pengasas WEF, Prof Klaus Schwab.

Beliau melihat forum berprestij itu sebagai satu peluang yang harus diambil kerana WEF menghimpunkan para pemimpin politik dan perniagaan dari seantero dunia. 


Jarumemas: Semoga Malaysia sentiasa dalam kegemilangan dan rakyat merasai akan nikmatnya...

No comments:

Post a Comment