BUTTERWORTH, 31 Okt — Pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) haruslah
membantu kerajaan menjaga keamanan negara demi pembangunan ekonomi dan
kemakmuran negara pada masa hadapan.
Setiausaha Politik Menteri Dalam Negeri Datuk Markiman Kobiran
berkata pihak NGO juga perlu mengetepikan perbezaan ideologi politik
sebaliknya bersatu untuk keharmonian semua bangsa di Malaysia.
“NGO yang ada perlu ketepikan perbezaan bangsa dan bahasa sebaliknya
bersatu untuk menjaga keamanan negara, kita juga perlu sayangi negara
kita demi keharmonian pada masa hadapan,” katanya semasa berucap
merasmikan Majlis Agung kali pertama Pertubuhan Ekonomi Harmoni Aman
Malaysia (Harem) di sini malam tadi.
Pengasas merangkap Pengerusi Persatuan Harem Wan Balkis Wan Abdullah
berkata Harem, yang ditubuhkan sejak tiga tahun lepas dan mempunyai
lebih 10,000 anggota, bertujuan membantu semua golongan bangsa terutama
dalam ekonomi.
“Anggota kita terdiri daripada pelbagai kaum dan pelbagai aktiviti
kita anjurkan antaranya untuk meningkatkan ekonomi anggota kita,”
katanya.
Kata beliau pihaknya juga merancang untuk menubuhkan persatuan
antidadah dan jenayah bagi menarik golongan muda agar tidak terjebak
dalam aktiviti haram berkenaan. — Bernama
Sumber: Malaysian Insider
Jarumemas: Janganlah bertindak seperti sokong membawa rebah.
No comments:
Post a Comment