Wednesday, 31 October 2012

Tangguh pelaksanaan AES

UALA LUMPUR 30 Okt. - Pergerakan Pemuda UMNO mendesak kerajaan menangguhkan serta mengkaji semula pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) kerana mendapati banyak kelemahan dalam pelaksanaannya.
Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, kajian semula itu perlu bagi memastikan sistem tersebut mampu berfungsi dengan baik dalam usaha mengesan pesalah trafik di negara ini.
"Sistem AES itu sendiri merupakan sistem amat baik, namun hasil maklum balas akar umbi kami mendapati terlalu banyak kelemahan pada pelan pelaksanaannya yang perlu diatasi antaranya lokasi dan had laju praktikal sesebuah kawasan.
"Mempertimbangkan pandangan-pandangan berkenaan, Pergerakan Pemuda UMNO sebulat suara mendesak kerajaan Persekutuan menangguhkan pelaksanaan AES dan kami berharap Mesyuarat Jemaah Menteri pada minggu ini dapat membincangkan tentang perkara ini dan dapat memberikan keputusan atas permintaan serta desakan kami," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Pergerakan Pemuda UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Jarumemas: Pelaksanaannya memang baik tetapi masa pelaksanaannya tidak sesuai.

No comments:

Post a Comment