Wednesday, 31 October 2012

Konflik Rohingya boleh ancam Selat Melaka - Surin

KUALA LUMPUR 30 Okt. - Selat Melaka bakal terancam dan tidak stabil sekiranya komuniti antarabangsa gagal mengambil tindakan pantas serta efektif dalam usaha menangani konflik penindasan etnik Rohingya di Myamar.

Setiausaha Agung ASEAN, Dr. Surin Pitsuwan berkata, disebabkan etnik Rohingya kini berada dalam keadaan tekanan dan penderitaan yang teruk, tidak mustahil mereka bertindak radikal.

"Sekiranya mereka menjadi radikal, seluruh rantau akan menjadi tidak stabil termasuk Selat Melaka.
"Perkara ini amat dibimbangi dan kalau perkara sebegini berlaku, bermakna semua (ASEAN) bakal terjejas," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah bertajuk Peningkatan Nilai ASEAN Melalui Konsep Pergerakan Kesederhanaan Global anjuran Yayasan Pergerakan Kesederhanaan Global (GMMF) di sini hari ini.

Jarumemas: Rakyat Malaysia perlu bersyukur dan sentiasa memelihara keamanan yang kita ada sekarang.

No comments:

Post a Comment