Wednesday, 31 October 2012

KDN akui penahanan di Lubnan ada kaitan dengan al-Qaeda

KUALA LUMPUR, 31 Okt — Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengakui kedua-dua rakyat Malaysia yang ditahan di Lubnan mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas al-Qaeda dan mendakwa mereka telah dipantau sejak setahun lalu.

Hishammuddin berkata kedua dua saspek dipantau sejak tahun lepas. — Gambar fail
“Mereka berdua mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas antarabangsa al-Qaeda telah dipantau oleh pihak berkuasa sejak setahun lalu.

Cuma hari ini kita dedahkan kerana isu sudah ke pengetahuan umum ekoran penahanan dua rakyat Malaysia itu di Lubnan,” kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di Parlimen.

Dalam pada itu, Hishammuddin berkata bilangan pengganas yang dipantau oleh pihak berkuasa banyak tetapi ia masih lagi dapat dikawal dan tidak serius.

“Jumlahnya saya tak boleh umumkan hari ini, tapi saya sedang memantapkan lagi hubungan Malaysia dengan agensi-agensi antarabangsa sama ada dengan CIA, MI6, agensi di India dan Pakistan serta lain-lain lagi,” tambah Hishammuddin.

Sumber: Malaysian Insider

Jarumemas:  Ikut hati mati, ikut rasa binasa. Itulah pesan datuk nenek kita.

No comments:

Post a Comment