Thursday, 1 November 2012

Pemasangan AES tidak dilakukan JPJ kerana tiada kepakaran, kata menteri

KUALA LUMPUR, 1 Nov -- Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata keputusan tidak memberi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memasang kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) adalah kerana agensi terbabit tidak mempunyai kepakaran dan melibatkan kos yang tinggi.

“Ia tidak diberikan kepada JPJ kerana kos yang tinggi dan mereka tiada kepakaran,” kata Kong.
“Proses pemberian hak pemasangan kepada pihak luar tersebut bukan baru, malahan ia juga dilakukan oleh negara lain.”

Di samping itu juga, Kong enggan memberi komen kepada gesaan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dan pemimpin Umno supaya pemasangan AES ditangguhkan.

“Saya tidak boleh beri komen mengenai perkara itu, tetapi setahu saya Umno hanya mahukan penjelasan dan bukannya penangguhan.

“Mengenai pembangkang yang mengatakan pemberian saman AES menyalahi undang-undang, perkara itu boleh dibawa ke mahkamah,” tambah beliau.

Kong juga membidas tindakan kerajaan PR yang mahu menghentikan pemasangan AES di empat negeri mereka sambil menyifatkan ia tindakan tidak bertanggungjawab.

“Langkah pembangkang itu buktikan mereka tidak mementingkan rakyat mereka, AES ialah bertujuan untuk mengurangkan kemalangan dan mengurangkan kematian di jalanraya,” kata pemimpin MCA itu lagi.

Sumber: Malaysian Insider

Jarumemas: Masa yang tak sesuai untuk dipasang. 

No comments:

Post a Comment