KUALA LUMPUR, 17 Feb – Putrajaya tidak perlu melayan
kritikan Canberra mengenai deportasi Senator Australia Nick Xenophon
dari Malaysia, kata Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.
Bekas perdana menteri itu juga berkata Canberra bebas untuk
mengkritik Putrajaya berikutan tindakan mengusir ahli parlimen bebas
lantang itu semalam.
“Jika dia datang sini dengan tiada niat baik, lebih baik tidak datang
ke sini,” kata Dr Mahathir kepada pemberita semasa sambutan Tahun Baru
Cina di sini hari ini, merujuk kepada Xenophon.
“Jika mereka mahu mengkritik, mereka boleh mengkritik. Kita tidak
perlu melayan mereka,” katanya merujuk kepada pentadbiran Gilliard.
Jarumemas: Barat dan Australia memang tidak berapa suka dengan Malaysia.
No comments:
Post a Comment