KUALA LUMPUR, 17 Feb — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari
ini menggesa rakyat Kelantan supaya memberi mandat kepada Barisan
Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang bagi membawa kemajuan
ke negeri itu demi masa depan generasi akan datang.
Najib yang juga Pengerusi BN berkata beliau tidak mahu lagi melihat
rakyat Kelantan terpaksa berhijrah keluar dari negeri mereka demi
mengecap kehidupan lebih baik, yang tidak mampu diberi kerajaan negeri
pimpinan PAS sekarang.
“Saya sedih dengar setengah juta orang Kelantan terpaksa berhijrah
keluar,” katanya. “Saya tidak mahu ada sejuta lagi orang Kelantan
berhijrah keluar.”
Beliau
berucap demikian ketika merasmikan “Himpunan Perdana Anok-Anok Kelate
Di Perantauan 2013” di Stadium Putra, Bukit Jalil, di sini.
Jarumemas: Apa lagi yang tak cukup? Dah bermacam yang PM beri sebagai membela nasib rakyat terutamanya orang yang susah dan daif hidupnya.
No comments:
Post a Comment