KUALA LUMPUR, 18 Feb — Senator bebas Australia Nick Xenophon mengatakan
lawatan beliau ke Malaysia untuk memantau sistem pilihan raya adalah
urusan rasmi, menurut laporan media Australia.
Xenophon, yang diusir dari Malaysia Sabtu lalu kerana dikatakan
“ancaman keselamatan negara”,
mengatakan senator dari Parti Nationals
John Williams dan ahli parlimen dari Parti Liberal Mal Washer, yang
turut bersamanya dalam delegasi bipartisan parlimen, menerima kelulusan
dari Menteri Tugas-Tugas Khas Australia Gary Gray untuk lawatan
tersebut.
“Ia bukan tidak rasmi,” kata Xenophon yang dilaporkan oleh radio ABC di Australia.
“Ia adalah perjumpaan di mana keputusannya akan dibawa ke parlimen persekutuan berkenaan lawatan itu nanti,” katanya lagi.
Jarumemas: Orang-orang tua mengingatkan kita, masuk kandang lembu menguak, masuk kandang kambing mengembek!!!
No comments:
Post a Comment