KUALA LUMPUR, 17 Feb — Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini
berkata beliau lebih rela kerajaan menapis internet daripada media
alternatif terus dimanipulasi.
Bekas perdana menteri itu berkata dalam blognya chedet.cc bahawa
video penyanyi sensasi Korea Psy di Pulau Pinang, yang menunjukkan orang
ramai berkata “No” (tidak) kepada perdana menteri Datuk Seri Najib
Razak, tetapi mempertikaikan video tersebut dengan mengatakan video itu
diubahsuai.
“Saya akan hilang kebebasan dalam media apabila kerajaan mungkin
merampas kebebasan saya,” kata Dr Mahathir dalam blognya chedet.cc hari
ini.
“Terus terang saya rela kerajaan menapis saya, kerana jika saya tidak
suka apa yang kerajaan buat, saya boleh buat apa sahaja untuk menolak
parti yang membentuk kerajaan. Tetapi saya tidak boleh buat apa untuk
menghentikan orang ramai yang cuba merampas kebebasan saya melalui media
alternatif,” katanya lagi.
Jarumemas: Perlu ingat bahawa apa yang kita lakukan di atas dunia adalah tanggungjawab kita sendiri. Kalau kita salah jangan pulak tuding jari pada orang lain.
No comments:
Post a Comment