KUALA LUMPUR, 18 Feb — Parti-parti dalam Barisan Nasional (BN) sudah
mula mengedarkan komputer riba dan telefon bimbit ke bilik operasi di
seluruh negara untuk memantau dan mengumpulkan pengundi bagi Pilihan
Raya 2013, di kala gabungan pemerintah itu sudah di tahap akhir untuk
menyiapkan manifesto mereka menjelang pilihan raya umum.
The Malaysian Insider
difahamkan ibu pejabat Umno di sini sudah mula mengedarkan komputer
riba dan telefon bimbit kepada semua bahagian parti untuk kegunaan
semasa hari mengundi, sama seperti kempen calon presiden Amerika
Syarikat Mitt Romney tahun lalu.
“Kami dapat komputer riba untuk menyemak status pengundi dan daftar
pemilih terbaru. Dan telefon bimbit untuk menghantar kembali keputusan
pilihan raya,” kata seorang pegawai Umno kepada The Malaysian Insider.
Jarumemas: UMNO parti terbaik!!!
No comments:
Post a Comment