Thursday, 14 November 2013

Polis timbang permohonan senjata api untuk penguatkuasa jabatan agama

Polis sedia menimbang sebarang permohonan pembekalan senjata api kepada anggota penguatkuasa termasuk jabatan agama yang bertugas di bahagian kritikal atau berisiko.
Pengarah Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah (JPPJ) Polis Di Raja Malaysia, Datuk Ayub Yaakob, berkata jika ada keperluan, polis tidak akan menolak permohonan mereka tetapi ia perlu mengikut prosedur yang ditetapkan.
Katanya, permohonan itu perlu dibuat kepada Ketua Polis Daerah sebelum dibawa kepada Ketua Polis Negeri dan dikemukakan untuk kelulusan oleh Ketua Polis Negara.

Jarumemas: Ingat pesanan arwah ayah teman, senjata jangan dilangkah kerana akhirnya nanti ia akan makan tuan. Jadi apabila dapat senjata api pandai-pandailah menjaganya dengan baik. Lihatlah orang Melayu dulu-dulu yang begitu menghormati akan senjata mereka seperti keris dan lembing.

No comments:

Post a Comment