Thursday, 14 November 2013

Kelantan sudah bersedia laksana hudud

Mahkamah Syariah Kelantan kini sudah mampu untuk menguruskan pelaksanaan undang-undang hudud jika kerajaan Kelantan pimpinan PAS mampu menguatkuasakan undang-undang berkenaan di negeri ini.
Ketua Hakim Syarie Kelantan Datuk Daud Muhammad berkata ini kerana segala prasarana berkaitan pelaksanaan hukum Islam itu sudah lengkap termasuk mempunyai hakim untuk melaksanakannya.
"InsyaAllah Kelantan sudah boleh laksanakan hudud. Undang-undang sudah ada dan kalau perlu tambah hakim, kita tambah," katanya selepas Majlis Perasmian Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Kelantan di Bandar Baharu Tunjung di sini, hari ini.

Jarumemas: Teman setuju dilaksanakan hukumam hudud ini. Biar  mereka yang mahu membuat kesalahan akan merasa gentar dan gerun dengan tindakan yang akan diambil. Sekurang-kurangnya akan dapat membantu pihak PDRM menangani kes jenayah. 

No comments:

Post a Comment