Thursday, 14 November 2013

Tok batin berang kenyataan OA 'ibarat haiwan'


Masyarakat Orang Asli menyatakan perasaan tidak puas hati mereka dengan kenyataan seorang pegawai kanan di bahagian penguatkuasaan Jabatan Perhilitan yang didakwa mengibaratklan kumpulan itu dengan haiwan.

NONE
Pegawai daripada taman negara Kuala Krau itu didakwa menulis di Facebook: "OA (Orang Asli) jangan jadi ibarat haiwan, merayau di situ ada hutan di situ tanah mereka." 

Beliau dikatakan mempertahankan tindakan kerajaan meletakkan pagar berdawai sepanjang Sungai Krau untuk keselamatan hidupan liar di taman negara.

Orang Asli bagaimanapun melihat langkah itu menjejaskan kehidupan mereka.

"Saya amat kecewa dengan kenyataan tersebut, seoalah-olah Orang Asli bukan manusia...," tok batin yang dikenali sebagai Mhd Kuang itu dipetik sebagai berkata dalam kenyataan daripada Jaringan Orang Asli Pahang (JOAP) hari ini.


Jarumemas: Hmmmm....terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata binasa badan. 

No comments:

Post a Comment