Wednesday, 13 November 2013

Tony Pua tarik balik sindiran pada anak pengerusi Petronas

Saman fitnah yang difailkan anak perempuan Pengerusi Petronas Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan suaminya terhadap Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berhubung kenyataan berkaitan sistem permohonan dan kelulusan Feed-in Tariff (FiT) diselesaikan di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini.


Pada Oktober tahun lepas, Todd Michael Morath, 45, dan isteri, Suzi Suliana, 35, memfailkan saman itu terhadap Pua Kiam Wee atau dikenali sebagai Tony Pua, berhubung kenyataan media yang disiarkan di laman web DAP beberapa kali pada Julai tahun lepas.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Hue Siew Kheng merekodkan penyelesaian itu selepas kedua-dua pihak mencapai kata sepakat menyelesaikan perkara itu.

Pua dalam kenyataan penjelasan yang dibacakan di mahkamah terbuka berkata beliau tidak bermaksud untuk memperkecil keperibadian atau mendakwa sebarang salah laku oleh Suzi Suliana dan suaminya dan/atau bekas Ketua Setiausaha Negara Mohd Sidek.


Jarumemas: Apa sahaja yang boleh di'racun' oleh pembangkang akan diracunnya. Waspadalah kerana sudah terlalu ramai yang jadi ular, cakap berbelit-belit. Pembangkang hanya  tahu nak jadi hero yang tidak didendangkan.

No comments:

Post a Comment