Thursday, 14 November 2013

Warga KL tolak kenaikan cukai, masa depan politik BN makin gelap

Tanya Robert Quah mengenai cadangan kenaikan 100% cukai pintu bagi pemilik rumah di Kuala Lumpur dan ini akan menaikkan kemarahannya.
Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Seputeh itu percaya kenaikan itu akan menjadi punca kejatuhan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang, yang perlu diadakan selewat-lewatnya pada 2018.
Beliau tidak berseorangan.  Wakil persatuan penduduk lain turut marah dengan kenaikan cukai pintu yang diumumkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui notis diterima sejak minggu lalu.
Kenaikan cukai pintu di Kuala Lumpur terakhir adalah 21 tahun lalu.
Menurut satu laporan dalam The Star tahun lalu, jumlah hartanah yang menjadi penempatan di Kuala Lumpur berjumlah 1.77 juta unit.
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor semalam mempertahankan kenaikan cukai pintu dengan berkata, harga hartanah di Kuala Lumpur juga sudah melambung tinggi.

Jarumemas: Kerajaan telah banyak memberi dan kini kerajaan cuma minta sedikit sahaja dari kita, perlukah membalas dendam dengan membuat kenyataan yang berbau ugutan? Kita sudah maklum bahawa, harga hartanah di Kuala Lumpur melambung tinggi, apa salahnya dinaikkan cukai pintu seperti yang dicadangkan? 

No comments:

Post a Comment