Wednesday, 23 January 2013

Majlis Peguam desak dakwa Ibrahim Ali kerana menghasut bakar Injil

KUALA LUMPUR, 23 Jan — Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali seharusnya didakwa di bawah Akta Hasutan kerana kenyataannya mengenai pembakaran kitab Injil, kata Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee, menyokong tuntutan dilakukan oleh ahli parlimen pembangkang.

Lim  mengatakan Majlis Peguam kekal undang-undang tersebut boleh disalahguna untuk menutup mulut musuh politik kerajaan, akan tetapi oleh kerana kerajaan pernah menggunakan undang-undang tersebut terhadap pemimpin pembangkang, ianya perlu digunakan terhadap Ibrahim kerana kenyataannya jelas menghasut.

“Jika pertuduhan menghasut digunakan terhadap Karpal Singh, pertuduhan sama perlu digunakan terhadap Ibrahim Ali dimana sub seksyen 3(1) di bawah Akta Hasutan 1948 memperuntukkan kecenderungan menghasut adalah kecendrungan:

“(d) untuk membangkitkan rasa tidak puas hati atau ketidaksetiaan dikalangan subjek Yang Di Pertuan Agong atau pemerintah mana-mana negeri atau di kalangan penghuni Malay atau mana-mana negeri;
(e) untuk mempromosi perasaan tidak baik dan permusuhan dikalangan kaum atau kelas berbeza dari populasi Malaysia.

“Walaupun Majlis menuntut Akta Hasutan dipinda, jika undang-undang tersebut dikuatkuasakan, ia perlu dikuatkuasakan secara adil tanpa diskriminasi Insiden ini dan juga kenyataan menghasut oleh seorang lagi pemimpin Perkasa terhadap Hakim dan Kehakiman mencadangkan Perkasa dibenarkan berkelakuan dengan sewenang-wenangnya,” kata ketua Majlis Peguam itu dalam sebuah kenyataan.


Jarumemas: Bercakap bila diperlukan saja.....

No comments:

Post a Comment