KUALA LUMPUR, 22 Jan — Azrul Azwar Ahmad Tajudin
membidas tindakan Bank Islam membuat laporan polis kedua hari ini dan
menuduhnya sebagai taktik kotor untuk menggugut dan menekan dirinya
memandangkan kesemua tuduhan oleh syarikat perbankan tersebut bukanlah
satu kesalahan jenayah.
Bank Islam hari ini dalam satu kenyataan mengesahkan laporan polis
kedua telah dibuat keatas Ketua Ekonomi mereka tersebut kerana menemui
satu lagi bukti baru Azrul melanggar polisi dalaman syarikat perbankan
tersebut.
"Ekoran laporan polis hari ini, saya ingin menegaskan bahawa dakwaan
yang terkandung dalam laporan polis kedua yang dilakukan oleh majikan
tidak dianggap sebagai suatu kesalahan jenayah," kata Azrul Azwar dalam satu kenyataan.
"Cara mengendalikan kes ini adalah satu taktik kotor untuk menggugut dan menindas ke atas saya."
Azrul Azwar juga memberitahu tidak faham mengapa pihak Bank Islam
perlu membuat laporan polis terhadap dirinya memandangkan beliau pada
ketika ini masih dalam siasatan dalaman.
Jarumemas: Peribahasa mentimun dengan durian, digolek kena, tergolek pun kena. kalau dalam dunia politik kita tak mahir lebih baik berdiam diri.
No comments:
Post a Comment