GEORGE TOWN, 23 Jan ― Pembangkang negeri Barisan Nasional (BN) akan
melancarkan kempen “Penang, Penang, Penang” minggu depan untuk mencabar
pengumuman Ketua Menteri Lim Guan Eng supaya majlis persendirian
memerlukan kelulusan untuk menggunakan nama negeri tersebut.
“Kami hanya mahu semua orang tahu bahawa mereka berhak untuk
menggunakan perkataan ‘Penang’ untuk sebarang acara, majlis atau
kempen,” kata beliau kepada The Malaysian Insider hari ini.
Teng berkata kempen tersebut terhasil semalam ekoran kenyataan Lim
supaya semua penganjur acara mendapatkan kelulusan kerajaan negeri untuk
menggunakan perkataan “Penang” secara berasingan bertujuan untuk
mengelakkan kekeliruan dengan acara anjuran kerajaan negeri.
“Kami sekarang merancang program untuk kempen tersebut dan sudah
diperingkat akhir menyiapkan butiran tetapi kami pasti tidak akan
meminta kebenaran kerajaan negeri untuk menggunakan perkataan ‘Penang’
dalam kempen kami,” kata beliau.
Jarumemas: Dah pasti akan ada yang menangguk di air keruh berkaitan isu ini...
No comments:
Post a Comment