PASIR GUDANG, 20 Jan — Pihak pengurusan universiti diminta memantau
aktiviti di kampus masing-masing untuk memastikan tidak ada pengedaran
Bible berbahasa Melayu dilakukan oleh pihak tertentu.
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
berkata, setiap universiti tertakluk dengan peraturan dan keputusan
ditetapkan kerajaan termasuk mengenai penyebaran agama lain di kalangan
umat Islam di negara ini.
“Ini soal nasional, soal pengedaran Bible atau apa jua risalah kita
tertakluk dengan keputusan yang dibuat... sehubungan itu pihak
universiti kena menjaga universiti masing-masing supaya perkara ini
tidak terjadi,” katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Dewan Serbaguna
Taman Mawar, di sini hari ini yang turut dihadiri oleh Adun Permas,
Datuk M Munusamy, dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang On
Jabbar.
Jarumemas: Hormatilah agama orang lain kerana kerajaan telah memberi sepenuh kebebasan kepada rakyatnya beragama.
No comments:
Post a Comment