Bekas ketua Umno Subang Datuk Mokhtar Dahlan menyerahkan isu tanah milik
Umno yang kini didakwa menjadi tapak kondominium untuk dijelaskan
pemangku ketua Umno Kelana Jaya Datuk Yahya Bujang.
Mokhtar
berkata demikian memandangkan tanah berkenaan diserahkan kepada Umno
Kelana Jaya selepas persempadanan semula kawasan pilihan raya 2004.
Beliau sebelum itu mengakui bahawa Umno Subang sebelum itu menerima tanah bagi tujuan mendirikan bangunan Umno bahagian.
"Kita (Umno Subang) mohon (tanah dan) dapat dan selepas persempadan baru wujud bahagian Subang Baru dan Subang Lama," katanya.
Bahagian Subang baru kemudian dikenali sebagai Umno Subang dan bahagian Subang Lama dikenali sebagai Umno Kelana Jaya, katanya.
Berita lanjut....
Jarumemas: Janganlah asyik bermain tali, nayatakan yang bebar walaupun pahit demi rakyat.
No comments:
Post a Comment