Separuh daripada syarikat-syarikat yang beroperasi di Malaysia yang
ditinjau telah melaporkan bahawa mereka telah kehilangan kontrak atau
perniagaan kepada pesaing kerana rasuah sepanjang tahun lalu, demikian
menurut satu kajiselidik antarabangsa.
Presiden Transparency International-Malaysia, Datuk Paul Low
menyifatkannya sebagai satu respon yang luar biasa tinggi, dan langkah
lebih berani perlu diambil untuk menghapuska proses yang menggalakkan
penyelewengan.
Low memetik data dari Kajiselidik Pembayar Rasuah
yang meninjau syarikat di 30 negara dengan tahap pelaburan dan
perdagangan antarabangsa yang tinggi, termasuk 101 syarikat di Malaysia.
Antara soalannya ialah: "Sepanjang 12 bulan lepas, adakah
anda fikir syarikat anda telah gagal memenangi kontrak atau mendapat perniagaan baru kerana pesaing telah membayar rasuah?"
Kajiselidik
itu adalah salah satu daripada lapan tinjauan yang diambil kira apabila
mengira Indeks Persepsi Rasuah Malaysia 2012, yang diumumkan semalam,
di mana negara ini disenaraikan pada kedudukan 54 daripada 176 -
bertambah baik enam anak tangga daripada tahun lepas.
Berita lanjut....
Jarumemas: kalau pembangkang jgnkan rasuah negara pun boleh tergadai...
No comments:
Post a Comment