SHAH ALAM, 6 Dis — Masyarakat perlu menghargai pluralisme budaya yang
wujud dalam sesebuah negara kerana ia adalah kekuatan kepada negara
tersebut, kata mantan presiden Indonesia Prof Bacharuddin Jusuf (BJ)
Habibie dalam satu program anjuran kerajaan negeri Selangor hari ini.
Dalam ucapannya semasa program pidato “Habibie Dan Transisi Indonesia
Ke Demokrasi” di Universiti Selangor pagi tadi, beliau mengakui
negaranya dan Malaysia mempunyai corak budaya sama dan pelbagai serta
menggesa ia wajar dipertahankan.
“Pluralisme (budaya) satu kekuatan, Indonesia dan Malaysia sudah biasa hidup dalam pluralisme.
“Unsur ini perlu dipertahankan,” katanya.
Menurut Habibie lagi, faktor keistimewaan tersebutlah yang berjaya
melahirkan sebuah masyarakat yang majmuk dan harmoni dikalangan antara
satu sama lain.
“Pluralisme akan menyebabkan toleransi tinggi wujud di dalam masyarakat,” tambah beliau.
Sumber: Malaysian Insider
Jarumemas: Adakah kerana Habibie mengamalkan pluralisme?
No comments:
Post a Comment