Thursday, 6 December 2012

‘Faktor Najib’ penting untuk MIC dapatkan undi India

KUALA LUMPUR, 6 Dis — Dalam perebutan MIC untuk  mendapatkan undi India, salah satu elemen penting dikenalpasti sebagai kunci bagi membantu Barisan Nasional (BN) merampas semula sokongan yang hilang dari masyarakat tersebut adalah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Walaupun terdapat kritikan MIC terlalu bergantung kepada Najib dan BN untuk terus hidup, parti tersebut mengiktiraf kepentingan populariti perdana menteri untuk memacu undi India apabila pilihan raya umum (PRU) diadakan nanti.

Undi India dilihat penting untuk menentukan masa depan BN pada PRU akan datang yang dijangkakan akan menjadi pertembungan sengit di antara gabungan pemerintah dan Pakatan Rakyat (PR) — masih lagi berusia muda itu.

Pemerhati mendakwa Najib dan pemimpin BN sudah hilang keyakinan dengan keupayaan MIC bagi merampas kembali undi India, menyebabkan perdana menteri melibatkan diri secara langsung dengan masyarakat tersebut, yang membentuk hampir 1.8 juta daripada 28 juta penduduk di Malaysia. Hampir 800,000 daripadanya adalah pengundi berdaftar.

Berita lanjut...

Jarumemas: Sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira kaum sewajarnya kita melihat kepada perpaduan dan kemajuan negara yang telah dibawa oleh kerajaan, janganlah kerana kemarau setahun, setitik hujan melenyapkan kepanasan yang berlaku.

No comments:

Post a Comment