Pengerusi BN Pulau Pinang Teng Chang Yeow mempersoalkan sama ada
kerajaan negeri kini menuju ke arah Islamisasi dengan membangkitkan
bahawa peruntukan bagi hal ehwal agama Islam meningkat 300 peratus
tetapi tidak banyak diberikan kepada Dewan Perbandaran Cina Pulau
Pinang.
"Ketua Menteri Lim Guan Eng selalu mengusik pemimpin
sebelumnya Koh Tsu Koon takut kepada Umno tetapi semasa pentadbiran
(Koh), tidak ada begitu banyak peruntukan untuk majlis agama Islam,|
katanya seperti dipetik dalam akhbar berbahasa Cina.
"Lim lebih
takut kepada PAS. Mereka hanya menang satu kerusi di Pulau Pinang,
kenapa mereka perlu takut (kepada PAS) seperti ini?," katanya dalam satu
majlis makan malam anjuran MCA di Bagan – kawasan parlimen yang
diwakili Lim – pada Isnin lalu.
Kenyataan berkenaa, seperti
disiarkan di akhbar semalam, tidak dipersetujui Lim yang berkata "Ini
adalah satu sentimen rasis yang sangat jahat kerana ia memberi gambaran
bahawa hak orang bukan Melayu atau bukan Islam dipinggirkan".
Lim
berkata kenyataan daripada pemimpin BN itu tidak akan disiarkan dalam
akhbar berbahasa Melayu seperti Utusan Malaysia yang dimiliki Umno.
Berita lanjut....
Jarumemas: Demi perpaduan janganlah perkara ini dijadikan isu.
No comments:
Post a Comment