Thursday, 10 January 2013

Mahasiswa: Jangan cetus huru hara jika ikhlas bela nasib rakyat

KUALA LUMPUR, 10 Jan — Pembangkang tidak seharusnya mencetuskan huru hara dengan mengadakan perhimpunan atau protes jalanan jika mereka benar-benar ikhlas dalam membela dan memperjuangkan nasib rakyat, kata Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi Mara (UiTM), Azraful Azman.

Beliau berkata ini kerana perhimpunan dan protes hanya akan menyusahkan kehidupan orang ramai termasuklah menjejaskan periuk nasi para peniaga.  

“Tengok perhimpunan-perhimpunan sebelum ini apa yang mereka dapat? Hanya timbulkan huru-hara dan kalau itu diteruskan ia bukanlah sesuatu yang baik untuk apa yang kita nikmati selama ini,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Ditanya mengenai cubaan pembangkang yang mahu mencetuskan peristiwa ala 'Arab Springs', Azraful berkata ia sangat keterlaluan kerana keadaan di Negara ini jauh berbeza dengan beberapa negara di Asia Barat yang dilanda 'Arab Springs', termasuk Syria.

Katanya, pembangkang harus sedar bahawa jika 'Arab Springs' menular ke Malaysia, kehilangan nyawa dan kerugian harta benda tidak dapat dielakkan sepertimana yang berlaku di Syria sekarang.

Lagi....www.malaysianinsider.com

Jarumemas: Mahasiswa tidak sepatutnya terikut-ikut dengan rentak pembangkang yang hanya mahukan 'political mileage'.


PKR hantar memorandum kepada SYABAS, gesa beri pampasan

KUALA LUMPUR, 10 Jan — PKR hari ini menghantar satu memorandum kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) kerana gagal menguruskan air di negeri tersebut serta menggesa syarikat tersebut memberikan pampasan kepada mangsa bencana.

Timbalan Majlis Pimpinan Negeri PKR Selangor Zuraida Kamaruddin ditemani ahli majlis Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) serta persatuan penduduk berkumpul di perkarangan ibu pejabat SYABAS, Pantai Baru pada jam 10.30 pagi  untuk menyerahkan memorandum serta mengadakan perbincangan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Ruslan Hassan.

Lagi...

Jarumemas: Biar tak ada api jangan tak ada air!! nak kena gali perigi dalam rumah nampaknya!!

Merdeka Center: Populariti Najib jatuh dua peratus

KUALA LUMPUR, 10 Jan — Menjelang pilihan raya umum (PRU) ke 13 yang akan berlangsung tahun ini, kajian terbaru pusat tinjauan bebas Merdeka Center mendapati populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak jatuh dua peratus menjadi 63 peratus berbanding 65 peratus dalam kajian November lalu.

Kajian yang dijalankan dari 15 hingga 28 Disember tahun lalu menyaksikan sentimen pengundi Cina menurun menjadi 34 peratus walaupun penerimaan pengundi Cina dan India kekal di tahap 77 peratus dan 76 peratus.

Menurut Merdeka Center, tinjauan dijalankan dengan menggunakan panggilan telefon dengan sampel melibatkan 1,018 pengundi berdaftar.

Pusat tinjauan itu memberitahu 59 peratus Melayu, 32 peratus Cina dan 9 peratus India yang dipilih berdasarkan jantina, etnik dan negeri sebagai responden dalam sampel tersebut.

Kajian dijalankan selepas Perhimpunan Agung Tahunan Umno 2012 dan tatkala isu Deepak Jaikishan, Tan Sri Musa Hassan, Amanat Haji Hadi dan penggunaan kalimah Allah bagi bukan Islam hangat diperkatakan.

Sumber: Malaysian Insider

Jarumemas:  Sokong yang tak akan membawa rebah!!

Gereja Protestan teruskan guna ‘Allah’ walaupun terdapat titah Sultan

KUALA LUMPUR, 9 Jan — Kumpulan yang memayungi gereja Protestan Malaysia mengatakan hari ini Kristian di seluruh negara memanggil tuhan mereka dengan gelaran “Allah” dalam amalan mereka sejak berabad-abad lalu dan akan meneruskan hak perlembagaan mereka untuk berbuat demikian, walau apa pun titah Sultan Selangor terhadap bukan Islam.

Ketua-ketua gereja Majlis Gereja Malaysia (CCM) berkata mereka mengikuti wacana semasa penggunaan perkataan “Allah” oleh orang bukan Islam.

Para pemimpin gereja yang bermesyuarat di Ipoh, mengulangi bahawa mereka telah menggunakan “Allah” dalam Alkitab bahasa Melayu “sejak berabad-abad” dan komuniti orang asli di sini telah menjadikan perkataan yang berasal daripada bahasa Arab itu sebagai sebahagian daripada bahasa harian mereka.

“Jika begitu kesnya, kami akan meneruskan amalan ini — hak yang dijamin kepada kami dalam Perlembagaan Persekutuan (Perkara 11) dan menyeru semua pihak untuk menghormati hak asasi ini,” kata mereka dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider.


Jarumemas: Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

Thursday, 3 January 2013

Dasar tidak realistik boleh bawa padah pada negara, kata Pemuda Umno Keningau

KENINGAU, 3 Jan — Pergerakan Pemuda Umno Keningau berpendapat bahawa sebarang usaha untuk “merubah” dasar pemerintahan negara yang akhirnya tidak konsisten, tidak teratur serta tidak realistik boleh mengundang padah kepada masa depan rakyat dan negara.

Ketuanya, Azman Ruslan berkata dasar-dasar yang tidak menentu dan tidak teratur juga boleh menyebabkan kecelaruan pada urusan tadbir negara yang akhirnya memberi impak negatif kepada rakyat dan negara.

“Justeru, saya berpendapat bahawa dasar-dasar Kerajaan Barisan Nasional yang terbukti lebih kondusif, inklusif dan progresif perlu dipertahankan bagi memastikan kestabilan ekonomi, politik dan perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

“Saya berpendapat bahawa rakyat Sabah perlu pertahankan Kerajaan Barisan Nasional kerana dasar-dasarnya bukan sahaja sentiasa relevan tetapi boleh menjamin masa depan rakyat Sabah, terutama masyarakat luar bandar yang sangat memerlukan pembangunan.

“Rakyat Sabah sebenarnya akan rugi besar sekiranya dasar-dasar progresif yang dilaksanakan Kerajaan Barisan Nasional tidak berkesinambungan. Saya tidak fikir pembangkang mempunyai agenda pembangunan yang lebih baik daripada apa yang telah dan sedang dilakukan Kerajaan Barisan Nasional,” katanya. 

Sebaliknya, Azman berkata sikap dan tindak-tanduk pakatan pembangkang gagal memberikan hala tuju jelas berhubung cara mereka mengurus tadbir negara dengan lebih baik daripada Kerajaan BN.

“Bukan susah sangat untuk menilai kredibiliti pakatan pembangkang kerana rata-rata pemimpinnya adalah ‘orang-orang lama’ dalam politik yang kurang dinamik, malahan sesetengahnya adalah ‘pengembara politik’.” — Bernama

Jarumemas: Hanya jauhari yang mengenali manikam.  Jangan sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

SPR nafi dakwaan sekat pemerhati jalankan tugas pada PRU13

KUALA LUMPUR, 3 Jan — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menolak dakwaan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Saifuddin Nasution berhubung sekatan terhadap kumpulan pemerhati bebas pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang disifatkan sebagai satu pembohongan untuk mengelirukan rakyat.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata dakwaan yang dibuat Saifuddin itu tidak berasas dan meminta beliau tampil sendiri untuk mendapatkan penjelasan dan gambaran sebenar mengenai perkara itu daripada SPR.

“Saya lihat kenyataan yang dibuat beliau tidak tepat sama sekali dan menganggapnya sebagai cuba untuk mengelirukan rakyat sedangkan tuduhan yang dibuat itu langsung tidak berlandaskan maklumat yang sebenar dan tepat,” katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu rancangan “Hello Malaysia” terbitan BernamaTV di sini semalam.


Jarumemas: SPR  sudah cuba sedaya upaya untuk membersihkan imejnya tetapi kenapalah masih ada yang meragui kewibawaan SPR?

BN khuatir Selangor akan terus mundur jika isu air berterusan

SHAH ALAM, 3 Jan — Barisan Nasional (BN) Selangor khuatir sekiranya isu air tidak diselesaikan, ia bakal menjadikan Selangor sebuah negeri yang mundur ekoran pelabur tidak berani untuk melabur di negeri diperintah oleh Pakatan Rakyat (PR) itu.

Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata kedegilan PR untuk tidak meneruskan pembinaan Loji Langat 2 turut akan menjadikan punca Selangor akan ketinggalan dari segi pembangunannya.

“Kalau kerajaan negeri masih berdegil atas kepentingan politik, Selangor akan mundur,” kata Noh kepada pemberita selepas menyertai lawatan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Sekolah Kebangsaan Alam Megah 2, di sini.


Berita lanjut....

Jarumemas: Bantulah rakyat yang dalam kesusahan tak kira siapa yang memerintah dan diperintah.