KUALA LUMPUR, 9 Jan — Kumpulan yang memayungi gereja
Protestan Malaysia mengatakan hari ini Kristian di seluruh negara
memanggil tuhan mereka dengan gelaran “Allah” dalam amalan mereka sejak
berabad-abad lalu dan akan meneruskan hak perlembagaan mereka untuk
berbuat demikian, walau apa pun titah Sultan Selangor terhadap bukan
Islam.
Ketua-ketua gereja Majlis Gereja Malaysia (CCM) berkata
mereka mengikuti wacana semasa penggunaan perkataan “Allah” oleh orang
bukan Islam.
Para pemimpin gereja yang bermesyuarat di Ipoh, mengulangi
bahawa mereka telah menggunakan “Allah” dalam Alkitab bahasa Melayu
“sejak berabad-abad” dan komuniti orang asli di sini telah menjadikan
perkataan yang berasal daripada bahasa Arab itu sebagai sebahagian
daripada bahasa harian mereka.
“Jika begitu kesnya, kami akan meneruskan amalan ini — hak
yang dijamin kepada kami dalam Perlembagaan Persekutuan (Perkara 11)
dan menyeru semua pihak untuk menghormati hak asasi ini,” kata mereka
dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider.
Jarumemas: Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!
No comments:
Post a Comment