KUALA LUMPUR, 10 Jan — Pembangkang tidak seharusnya mencetuskan huru
hara dengan mengadakan perhimpunan atau protes jalanan jika mereka
benar-benar ikhlas dalam membela dan memperjuangkan nasib rakyat, kata
Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi Mara
(UiTM), Azraful Azman.
Beliau berkata ini kerana perhimpunan dan protes hanya akan
menyusahkan kehidupan orang ramai termasuklah menjejaskan periuk nasi
para peniaga.
“Tengok perhimpunan-perhimpunan sebelum ini apa yang mereka dapat?
Hanya timbulkan huru-hara dan kalau itu diteruskan ia bukanlah sesuatu
yang baik untuk apa yang kita nikmati selama ini,” katanya kepada
Bernama di sini, hari ini.
Ditanya mengenai cubaan pembangkang yang mahu mencetuskan peristiwa
ala 'Arab Springs', Azraful berkata ia sangat keterlaluan kerana keadaan
di Negara ini jauh berbeza dengan beberapa negara di Asia Barat yang
dilanda 'Arab Springs', termasuk Syria.
Katanya, pembangkang harus sedar bahawa jika 'Arab Springs' menular
ke Malaysia, kehilangan nyawa dan kerugian harta benda tidak dapat
dielakkan sepertimana yang berlaku di Syria sekarang.
Lagi....www.malaysianinsider.com
Jarumemas: Mahasiswa tidak sepatutnya terikut-ikut dengan rentak pembangkang yang hanya mahukan 'political mileage'.
No comments:
Post a Comment